:: Me ::

:: Me ::
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Sunday, August 21, 2011

:: hanya kamu ::



Menanti esok fajar menyinsing..
Fajar esok,pasti tiba untuk kita,
membawa bersama penawar segala kerinduan,
untuk menyingkir segala kesunyian

Kesunyian..
Suatu anugerah pada sekeping hati yang kesepian.
Kesunyian..
Suatu ketabahan pada jiwa yang kelukaan
Kesunyian..
Suatu penyiksaan pada penantian kasih abadi.

Kiranya ada tercalar dihati,
kiranya ada tercalar di kata,
buat kenangan akhirnya,
sambutlah kasihku yang tulus, kerana aku amat menyintaimu.

Pada saat pengakhiran ini, terasa diri ini begitu terasing,
terasa diri ini terlalu sunyi,
ketika itu,
suaramu aku terdengar, membisikkan sayang
menyatakan cinta.

Aku pasrah dalam kesunyian mencari kasih abadi..
Kiranya kau hadir menyingkap kesunyian ini menjadi kasih,
akan ku berikan seluruh hidupku hanya padamu.

Dalam usia keremajaanku pernah kurasai kepahitan pada suatu kehilangan kasih dan cinta..
sehingga hatiku menemui kasih mu, cintaku kembali berbunga.

Kau mengubati kepahitanku musim lalu
kuhiburkan kesunyian musim lampau. Betapa diri mu amat berharga sebagai teman meranjau
onak duri kehidupan ini

Bayangan semalam menghantui jiwakulagi,
Peristiwa sedekad lalu memburu harapanku.Walau terbentang lautan api aku tetap mengahrunginya
untuk hidup bersamamu.

Kasih moga dianugerahkan pada kita suatu harapan yang pasti. Seketika itu..limpahkan kasihmu  
padaku,curahkan sayangmu dijiwaku.

kasih,kupohon padamu..
Kuharap daripadamu..
Lontarkan aku..
Secebis harapan,
sekelumit kasih..
untuk kuubati kelukaan lalu

Kasih,sudikah kiranya kau hamparkan padaku saujana harapan untuk mengecapi setitis kebahagian,
walau..sepi tanpa berkasih.

TErpahat ingatan, berputaran beredar,perjalanan kehidupan,dicorak mencorakkan, kenangan teridah
pengalaman bersamamu,terbayang diingatan.

Pada kedewasann yang meniti,kuukirkan haluan,ketika itu terasa diriku  
kekosongan dalam pencarian hingga ku temui daripadamu erti kasih.

Kasih, ku abadikan kenangan, sejuta harapan bersamamu,dan..Biarlah aku mencari dan mencari..
Harapan yang tak pasti.

Kasih, dalam penantianmu,dalam harapan yang kusemai,pasti ada ujian dan hikmah,kerana Tuhan
Maha Mengetahui,kasih jiwa seorang insan.

Biarkan semua kenangan pahit itu berlalu kerana disebalik itu pasti tersembunyi hikmahnya.BErsyukur
atas ujian ini menjadikan kita lebih tabah dalam kehidupan

Kucoretkan padamu kata penyambung bicara.Maluku bagaikan berlipat di dalam lembaran itu,Bagaimana
nanti tawamu yang tidak pasti,memberi harapan atau khayalan.

Maafkan ku sayang.Memang mudah mengucapkan,aku menyedari. Percayalah,jika kau membenci bicaraku
kini,pasti rinduku tak terubat selamanya.

Ingin sekali aku berbisik padamu kasih, mengintai hari hari menjelang bersama sebuah ketulusan  
sebagai ingatan rinduku yang berpanjangan.

Hujan malam..seorang gadis dibuai sepi. Didadanya ada luka. Dihatinya da sengsara.. di dihatiku
sebak menanggung rindu padamu yang jauh dimata

Aku megharapkan kasih kita bukan seperti dedaun itu yang kini gugur dan tersadai umpama
daun daun kering ditaman terasing.

Biarpun cuaca tak selalu cerah. Pelangi juga tak selalu indah. Namun bukanlah satu mimpi
andai mentari yang tenggelam, merah lagi diesok hari.

Cinta ..sebuah anugerah nukilan jiwa.Manis hadirnya pengubat lara.
Cinta.. adalah penyeri asyik disanubari, berpaut ditangkai hati.

Bulan tak selalu purnama. mentari takkan sentiasa menyinar.Mendung tak semestinya hujan andai  
cinta kita sekuat akar.


Cinta Kita ibarat api, membakar dedaun.Kau ibarat dedaun basah . aku ibarat dedaun kering..
Cinta kita pasti akan menyemarak.

Cinta sejati tanpa bersyarat,andai bersyarat reputlah ia.Cinta sejati tak pohon dibalas,kerana  
ia kekal sepanjang hayat.

Cinta sejati tak bertambah dengan kebaikan. Cinta sejati tak bertambah dengan kekayaan.
Cita sejati tak berkurang dengan keburukan.

Cinta sejati tak berkurang dengan kemiskinan.Cinta sejati tak pernah terancam. Cinta sejati
tak pernah curiga.

Cinta sejati pertimbangan adil.Cinta sejati mendidik anak berjiwa Nabi.Cinta sejati
semakin tua semakin sayang.
Tiap tiap malam kuterbayang wajahmu. Bagiku.. lambaian suaramu diiringi dengan kesyahduan malam bermain digegendang telingaku.

Redup tatapanku adalah luahan kasih. Tajam renunganku adalah ucapan dendam.Jernih sinarku adalah kalimat harapan.

Merindu pada rembulan,impian mencari kepastian,biarpun dia masih menanti,menanti sebuah kebahagiansebuah kebahagian yang akan kau berikan.

Akukah yang engkau cinta? Engkaukah yang aku cinta?Bicaralah sepuas hatimu,bicaralah semahumu.
bicara cinta takkan berakhir disini.




::Untuk kamu sayang::

Saturday, August 20, 2011

:: Biar jadi kaktus ::


Kulukis memori
dengan jemari waktu
berwarnakan butir-butir
air mata rindu
Janjiku tak seperti
embun di hujung rumput..
Kasihku tak seperti
pelangi sesudah hujan..
Aku tanpamu
umpama pantai tiada berombak..
Aku tanpamu
seperti langit tiada awannya..
Akan kuhitung janjimu,
akan kuhitung setiamu..
Apa yang pasti
dirimu tetap kunanti
selagi mentari mengintai hari..

:: Aku sunyi tanpanya ::

bila waktu itu berhenti
seluruh hidupku akan terhenti
namun andai aku mula berhenti
waktu itu tidak menanti
ku mencari suatu erti
erti yang sukar ku fahami
ku mencari diri ini
yang semakin hilang dalam diri
siapa yang menyapa
siapa yang di sapa
kenapa dia ada dalam lena
namun pergi dalam jaga
perit hati menanggung
berat beban di pikul
dia ada dalam tiada
dia hilang dalam terang
sedang aku mencari
dia muncul ketika ku asa
memberi secebis cahaya
dalam indah cerita.......

:: Jatuh lagi airmata ::

airmata ini mengalir lagi.. tapi untuk apa aku sendiri kurang pasti.. seringkali juga airmata ini menjadi teman setia saat aku merasakan kesakitan di dalam hati.. "Ya ALLAH, bantulah hamba-Mu ini Ya ALLAH.. sesungguhnya hamba-Mu ini mengharapkan batuan daripada-Mu.."

aku tahu ALLAH tidak akan menguji hambanya melebihi batas mampu, tapi kadang kala aku merasakan aku tidak cukup kuat.. hati ini terlalu rapuh dan hampir goyah dengan dugaan yang bertindan.. teman rapatku berkata "ALLAH menguji kita kerana kita makhluknya yang teristimewa.. kita insan terpilih, kerana ALLAH menyayangi kita maka DIA memilih kita untuk diberi ujian yang sebegini berat.. Alhamdulillah seandainya dengan ujian yang DIA berikan aku mampu mendidik hati agar terus cekal dan tabah.. namun kadangkala aku hampir kalah, hampir tersungkur saat aku diuji dengan ujian yang aku kira sangat berat.

seringkali aku cuba mententeramkan orang lain agar redha dan tabah menghadapi ujian yang ALLAH berikan namun bila aku sendiri yang diuji aku hampir kalah. bagi aku,aku hilang segala tempat bergantung setelah pemergiannya dari hidup aku. bukankah syaitan, iblis dan yang seangkatan dengannya pernah berjanji akan berusaha untuk menyesatkan anak-anak adam dan hawa hingga saat roh berpisah dari jasad.. sungguh aku tidak mahu menjadi hamba ALLAH yang seumur hidupku hidup dalam laknat ALLAH.. aku tidak mahu menjadi makhluk yang tidak pernah mahu berterima kasih kepada Penciptanya.. aku tidak mahu menjadi hamba yang tidak pernah bersyukur dengan setiap pemberian-Nya.. aku tidak mahu seperti itu..

aku mahu menjadi hamba yang sentiasa berada di dalam redha dan rahmat ALLAH.. yang sepanjang hidupku di bawah lembayung kasih Sang Pencipta, yang sentiasa bersyukur dan berterima kasih di atas segala pemberian-Nya.. tapi mampukah aku untuk menjadi seperti itu?

Friday, August 12, 2011

projek y terbek !!!

semester 5 niew ak ambk subjek pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerja...
baru2 nie gak kmi semu peljr2 HR dh wt event...y bz nyew time dn seblm event mcm2 y dh berlaku....
papew pon happy this time la...hope pas nie kalo ad event g akn wt y g terbek la...
lyan la pic2 time event niew....

















snap pic??itu hobi ak paling wajib...

Dah lma sngt x update blog ak niew...crta cnta wt msa niew x ad lg...y ad pic2 ak ngn kekwn ak...
y x hbs2 nyew la...tiap ri msti ad punyew...
nk wt cm ne itu hobi bru ak...snap pic "wajib" g 2...hehe...
so lyan jew la erk pic2 ak ngn kekwn ak y sengal2 niew...^-^


















Sunday, July 17, 2011

Monolog hati pada jiwa..!

Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

Engkau ampuni dia?
engkau lupakan dia?

tak ingat pada seksa mu?
tak ingat pada janji nya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang palsu?

Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

atau
..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau dahaga kasihnya..
engkau masih..masih..masih..

aduhai laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak berkali..
terluka masih kukuh di situ..
tercedera masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

suci..suci rindu ku
suci..suci kasih ku
suci..suci pasrah ku

Tuhan..
bantu aku melupakannya..


Pulanglah duka…tiada sakti padamu..!

duka yang syahdu melewati
bersua demi meragut jiwa sunyi
mengundang air mata sepi
yang tak tertahankan lagi
bukan rindu, tapi amarah bisa

aduhai hati yang melati kasih ku
kenapa menyeksakan...
kenapa menggusarkan...
kenapa mengguriskan..
... sendiri juga aku terdampar
di ruangan balik kalbu sendiri

aku tak mahu tangis..
...kerna ia menyeksakan

aku tak mahu duka..
... kerna ia menyedihkan
aku tak mahu ingatan..
...kerna ia membunuh ku

duhai alam
tepiskan duka ini
longgarkan kusut ini
biar aku bernafas tenang
kembali tersenyum riang

pulanglah duka
tiada sakti pada mu..


Terima kasih cinta !

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.



Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Madah - madah cinta..!!

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


           


By : Cahaya_Ilham

Monday, July 11, 2011

sedarlah sesunguhnya cinta itu indah..

Saya sayang awak bukan kerana paras rupa..mahupun harta yang kamu miliki..
kerana bagi saya itu semua bukan nilai kasih sayang saya terhadap awak..tapi apa yang ada
dalam hati saya hanya awak selamanya..tapi awak tak penah paham dan mengerti apa yang saya rasa..
mentari akan muncul diukuf jika ia diisinkan wujud dan menyinari hari-hari yang datang...
kesunyian hidup membuatkan seseorang itu akan belajar erti kematangan dalam cinta....
kesakitan yang dihadapi adalah penawar segala kedukaan...kadang kala tangisan yang muncul dari kelopak mata yang pedih itu amat memberi ketenangan kepada seseorang itu...cinta yang dipertahankan tidak akan mungkin rapuh ditelan zaman...nilai kasih sayang akan terletak diatas kejujuran,kesetian yang dilafazkan..
itu yang dinamakan cinta...

Thursday, July 7, 2011

kerja berani mati...^_^

Memg btol2 kmi semu nie wt kerja berani mati...mna xnyew dh hmpir kol 12.00 malam
x balik umh g...smpaikn x ad bus dh...hehehe..semata2 g bukit jambul la...
dah la ngk wayang citer "sekali lagi" smpai nangis2...
amat menghayati sebuah crta la ktakn...oleh krna ingin kn kepuasan dan kebebasn la smpai jadi cm 2...
mlm 2 memg betol2 mlm yng hmpr nk putus nyawa la...
ngn suha buat muka cuak die...betol2 menakutkan ak jew...y zue lak leh buat muke cm berni...
mdhal dlm hati kelang kabut tkt tahap babun...
ermm...enth x thu nk tulis ap dh...layan jew la pic kmi y enth papew 2... : P


















Tuesday, July 5, 2011

nie la adik aku yang paling aku sayang...
walaupun kadang2 die nie suka wt peragai yang aku rasa nk jew hempuk die kt dingding...
kadang2 die nie nakal sangt mengalahkan budak baru lahir..
biasa la ank lelaki corng la kn...
memg cm nie la die...
die nie suka ikut mood die..bila die ok..layan aku pun bek...
tpi bila die x ok layn aku cm ap lg..
papew pon kakak syg kamuu ever and ever lah...
kamu corng jew adk akak..so nakal cm ne pon still syg kamu..





Mencintai aku dengan seadanya diri ini...menyayangi aku dengan keikhlasan hati mu..
bukan kerana kekayaan semata-mata...membuka pintu hati ku untuk menerima mu dengan seadanya kamu..
menemani aku dihari-hari yang indah..wujud pelangi di petang hari..
wujud awan yang indah di pagi hari...sinar cinta kamu begitu indah..
kau hadir bila diri ini merasakan ia tidak perlu...
tetapi kau pergi bila diri nie memerlukan kamu...
kau tahu aku amat membenci diri kamu..merasakan diri kamu tidak langsung bererti buat aku...
tapi hakikatnya kamu ada dikala aku memerlukan...cinta???
memang ia benar-benar kabur jika seorang insan yang bergelar manusia tidak tahu menilai
apa itu cinta yang wujud di dalam persimpangan kehidupan...
indah benar bila bahagia...sakit benar bila kecewa..
itulah cinta yang sebenar...

aku hanya tahu mencintai kamuu..
hanya tahu menyayangi kamuu..
hanya tahu mengigati kamuu..
hanya tahu tersenyum buat kamuu...
hanya tahu membahagiakan kamu..

tapi aku tidak tahu bagaimana untuk melupakan kamuu..mahupun meninggalkan kamu..
kamuu terlalu bererti buat aku..kamu terlalu bernilai buat aku..
dikala ak benci kamu ia semakin dekat dengan aku..
semakin sayang, semakin cinta itu datang bersama aku...

baru aku tahu menghargai kamu adalah sebahagia dari diri aku amat bernilai..
kerana aku menghargai kewujudan kamuu semua ini wujud dikala aku menbenci kamu...
thanks for everthing sayang..^_^

Sunday, July 3, 2011

Antara petikan yang aku rasa paling best tuk semu orang y bercinta..
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
 “Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
 “Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
 “Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
 “Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
 “Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
 “Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
 “Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
kadang2 ornag kata cinta 2 indah sngat...yew memg betul cinta 2 indah bila kita pandai sulam cinta 2 dengan kasih syg y berpnjngn..kalo kita x thu hargai cinta y wujud 2..mcm mna kta nk dpt kemnisn dlm percintaan 2..


Thursday, June 30, 2011

My baby cute...!!hahha....cute kew??


niew la dak  junior sya yang baru masuk umh sewa niew....ingt kn x nakal upenyew...
nakal gler nk mampos...hahha...ngn nakal nyew..tmbh ngn mulut diew y bising 2...xleh nk bhnti bila dh mula berckp...hahah...bila balik dri kels jew mula la wt bising...dri jauh dh thu y die dh balik...
ayt die y akn kuar bila die bukak pintu jew.."salam..suha dah balik...ad orng x"..
hahahha...suha2 ap2 la dik...die ingt orng dlm umh niew x dgr ap y diew jerit dri lua...orng dlm umh nie
wt x thu jew bila diew msuk...pew2 pon hrp adk happy erk duk dlm umh bru nie...
"bilis"???ermmm sedp juga nama 2 kn...^_^

Bff saya dengan abg syg die la....


nie la bff ak ngn boy diew y diew syg sngt...huhu...^_^
bila bhgia sngt dieorng bukn men g...tiap2 mlm buat "SS"..super saver la kn..
pew2 pon sya doakn korang dua bhgia smpai akhr hyat ok...
boy diew nie la y skew bwak sya g jaln2 msa sya kt penang taw...thanks sngt taw kt afiq and syra...
korang dua salu bwak sya jln2...mkn2...enth ap2 lg la..thanks sngt taw...
korng paling best la kt penang niew...ever and ever la korng tetap sya akn ingt taw...
wlpn dh x duk pennag dh nti...kalo nk ajak mkn free ajk sya taw...hehehehe...

Rindu kamooo sayang...!! :(


Nanti seminggu awak tnggl sya taw...
msti sya rndu awak salu...sayang wak salu...
nnti x ad spa nk nyayi tuk sya seblm tdow...
awak balik cepat nnti taw...
awak bek sngt ngn sya taw...
2 y sya nk awak thu taw...selmanya awak tetap Bff sya...
sya sayang awak...
balik cepat taw....nnti rndu sya salu ok....

Wednesday, June 29, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA.......

Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.

 Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....  

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....

 Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....  

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.  

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....


Mendapat redha Allah...^_^

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang
ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan
ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

Banyak istilah cinta???tapi bagi ak....

SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.

CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasasuka, minat dan sayang.
Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.

"Ketulusan Hati"

Orang yang mencintai kamu.... Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu. Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?' Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan wujud...

-Cinta Yang Indah-

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

Ceritera rindu

Rindu…
Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada
Seseorang yang di depan mata..
Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat
Mahu bertemu dengan seseorang…
Kata punjangga,rindu hadir selepas suk a dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta
Tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta..
Kata aku?
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati
Tidak rasa suka kepadanya.Tiada cinta untuknya.
Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara.
Tetapi entah dimana silapnya , hati ini jatuh rindu kepadanya.
Di celah-celah kebencian yang aku pupuk.
Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang
Satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku.
Berperang dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.
Ceritera rindu dimana noktahnya??