:: Me ::

:: Me ::
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Wednesday, June 29, 2011

Banyak istilah cinta???tapi bagi ak....

SUKA - Perasaan yang wujud dalam diri semua orang. Kita akan suka pada seseorang itu jika dia telah membuatkan kita gembira atau menyenangkan hati kita walaupun orang itu belum kita kenali sepenuhnya.

MINAT - Perasaan suka yang mendalam hingga timbulnya rasa minat pada seseorang dan sebolehnya cuba mengikuti setiap perkembangan dirinya dan ingin mendekatinya.

SAYANG - Perasaan minat pada tahap luarbiasa hingga wujudnya rasa sayang dan merasa terlalu kasih pada seseorang itu hingga sanggup melakukan apa saja untuknya dan sentiasa memberi perhatian yang lebih padanya.

CINTA - Perasaan sayang yang keterlaluan hingga lahirnya rasa cinta lalu meletakkan seseorang itu di tempat yang paling istimewa dalam hatinya dan sentiasa menganggap orang itu adalah yang pertama dan terakhir dalam hidupnya. Pengertiannya terlalu suci dan luhur.

Cinta bukanlah paksaan kerana ia adalah kombinasi rasasuka, minat dan sayang.
Matlamatnya cuma satu....kaulah segalanya.

No comments:

Post a Comment