:: Me ::

:: Me ::
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Sunday, July 17, 2011

Monolog hati pada jiwa..!

Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

Engkau ampuni dia?
engkau lupakan dia?

tak ingat pada seksa mu?
tak ingat pada janji nya pada mu?
tak ingat pada senyumannya yang palsu?

Gertak hati ku..
..pada jiwa ku..

atau
..engkau masih sayang dia..
..engkau masih rindu dia..
..engkau masih dambakan dia..
..engkau dahaga kasihnya..
engkau masih..masih..masih..

aduhai laksana batu besar di tepian pantai
dipukul ombak berkali..
terluka masih kukuh di situ..
tercedera masih tak tumbang..
diconteng pelawat pantai.. masih tak ganjak

suci..suci rindu ku
suci..suci kasih ku
suci..suci pasrah ku

Tuhan..
bantu aku melupakannya..


Pulanglah duka…tiada sakti padamu..!

duka yang syahdu melewati
bersua demi meragut jiwa sunyi
mengundang air mata sepi
yang tak tertahankan lagi
bukan rindu, tapi amarah bisa

aduhai hati yang melati kasih ku
kenapa menyeksakan...
kenapa menggusarkan...
kenapa mengguriskan..
... sendiri juga aku terdampar
di ruangan balik kalbu sendiri

aku tak mahu tangis..
...kerna ia menyeksakan

aku tak mahu duka..
... kerna ia menyedihkan
aku tak mahu ingatan..
...kerna ia membunuh ku

duhai alam
tepiskan duka ini
longgarkan kusut ini
biar aku bernafas tenang
kembali tersenyum riang

pulanglah duka
tiada sakti pada mu..


Terima kasih cinta !

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.
Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata.



Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang putus talinya.
Soal cinta adalah soal hati. Ia juga soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita.
Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan.
Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.
Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.
Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.
Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar.
Cinta akan hidup bersama dengan waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu.
Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.
Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Madah - madah cinta..!!

Cinta adalah sesuatu yang indah dan unik anugerah dari Ilahi.  Kita diberi peluang untuk menilainya dan pergunakanlah peluang yang diberi dengan sebaik-baiknya untuk melahirkan satu larian cinta yang indah. Seindah waktu ia diciptakan.
Cinta itu aneh. Sukar untuk ditafsirkan. Datangnya bukan dari paksaan, perginya pula tanpa kerelaan. Cinta itu penuh mesra dengan kasih sayang. Ianya perlu dibelai dengan kelembutan bagi menyerikan lagi keindahannya. Kekasaran boleh mencipta sebuah perpisahan.
Manusia kadang kala lupa, cinta adalah syarat berlangsungnya kehidupan perkahwinan. Malah, tanpa cinta, perkahwinan itu akan mati, ibarat rumah kosong tanpa penghuni.
Mungkin benar tatkala kita kehilangan barulah kita menyedari. Mungkin benar saat kita terluka barulah kita mengerti. Mungkin benar bila kita rasakan rindu yang sangat dalam barulah kita tahu seberapa besar makna dan erti seseorang bagi kita.
Cinta…Jika anda memilikinya, anda tidak memerlukan sesuatu pun yang lain. Dan jika anda tidak memilikinya,apa pun yang lain yang anda miliki tidak banyak bererti.
Jika kita kehilangan cinta, pasti ada alasan di sebaliknya. Alasan yang kadang-kadang sukar untuk dimengertikan. Namun percayalah bahawa ketika Dia mengambil sesuatu, telah Dia mempersiapkan sesuatu yang lebih baik untuk diberikan.
Cinta antara dua jiwa telah dikatakan boleh membakarkan semangat seseorang itu untuk memeliharakan akhlak yang mulia, memperbaiki pergaulan antara manusia dan menjaga adab dan keperibadiaan. Selain daripada itu, ia juga dipercayai dapat menghilangkan kekhuatiran dan ketakutan dalam hati, menjernihkan akal dan menyucikan jiwa kita. Tetapi, cinta juga merupakan ujian, godaan dan cubaan kepada manusia kerana ia merupakan pertarungan dan pertimbangan di antara akal dan rasa.
Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta? Andai kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu semakin sukar utk dimiliki? Cinta umpama kota kristal, indah di penglihatan , derita di perasaan….
Cinta tidak berupa tatapan satu sama lain, tetapi memandang ke luar bersama ke arah yang sama.


           


By : Cahaya_Ilham

Monday, July 11, 2011

sedarlah sesunguhnya cinta itu indah..

Saya sayang awak bukan kerana paras rupa..mahupun harta yang kamu miliki..
kerana bagi saya itu semua bukan nilai kasih sayang saya terhadap awak..tapi apa yang ada
dalam hati saya hanya awak selamanya..tapi awak tak penah paham dan mengerti apa yang saya rasa..
mentari akan muncul diukuf jika ia diisinkan wujud dan menyinari hari-hari yang datang...
kesunyian hidup membuatkan seseorang itu akan belajar erti kematangan dalam cinta....
kesakitan yang dihadapi adalah penawar segala kedukaan...kadang kala tangisan yang muncul dari kelopak mata yang pedih itu amat memberi ketenangan kepada seseorang itu...cinta yang dipertahankan tidak akan mungkin rapuh ditelan zaman...nilai kasih sayang akan terletak diatas kejujuran,kesetian yang dilafazkan..
itu yang dinamakan cinta...

Thursday, July 7, 2011

kerja berani mati...^_^

Memg btol2 kmi semu nie wt kerja berani mati...mna xnyew dh hmpir kol 12.00 malam
x balik umh g...smpaikn x ad bus dh...hehehe..semata2 g bukit jambul la...
dah la ngk wayang citer "sekali lagi" smpai nangis2...
amat menghayati sebuah crta la ktakn...oleh krna ingin kn kepuasan dan kebebasn la smpai jadi cm 2...
mlm 2 memg betol2 mlm yng hmpr nk putus nyawa la...
ngn suha buat muka cuak die...betol2 menakutkan ak jew...y zue lak leh buat muke cm berni...
mdhal dlm hati kelang kabut tkt tahap babun...
ermm...enth x thu nk tulis ap dh...layan jew la pic kmi y enth papew 2... : P


















Tuesday, July 5, 2011

nie la adik aku yang paling aku sayang...
walaupun kadang2 die nie suka wt peragai yang aku rasa nk jew hempuk die kt dingding...
kadang2 die nie nakal sangt mengalahkan budak baru lahir..
biasa la ank lelaki corng la kn...
memg cm nie la die...
die nie suka ikut mood die..bila die ok..layan aku pun bek...
tpi bila die x ok layn aku cm ap lg..
papew pon kakak syg kamuu ever and ever lah...
kamu corng jew adk akak..so nakal cm ne pon still syg kamu..





Mencintai aku dengan seadanya diri ini...menyayangi aku dengan keikhlasan hati mu..
bukan kerana kekayaan semata-mata...membuka pintu hati ku untuk menerima mu dengan seadanya kamu..
menemani aku dihari-hari yang indah..wujud pelangi di petang hari..
wujud awan yang indah di pagi hari...sinar cinta kamu begitu indah..
kau hadir bila diri ini merasakan ia tidak perlu...
tetapi kau pergi bila diri nie memerlukan kamu...
kau tahu aku amat membenci diri kamu..merasakan diri kamu tidak langsung bererti buat aku...
tapi hakikatnya kamu ada dikala aku memerlukan...cinta???
memang ia benar-benar kabur jika seorang insan yang bergelar manusia tidak tahu menilai
apa itu cinta yang wujud di dalam persimpangan kehidupan...
indah benar bila bahagia...sakit benar bila kecewa..
itulah cinta yang sebenar...

aku hanya tahu mencintai kamuu..
hanya tahu menyayangi kamuu..
hanya tahu mengigati kamuu..
hanya tahu tersenyum buat kamuu...
hanya tahu membahagiakan kamu..

tapi aku tidak tahu bagaimana untuk melupakan kamuu..mahupun meninggalkan kamu..
kamuu terlalu bererti buat aku..kamu terlalu bernilai buat aku..
dikala ak benci kamu ia semakin dekat dengan aku..
semakin sayang, semakin cinta itu datang bersama aku...

baru aku tahu menghargai kamu adalah sebahagia dari diri aku amat bernilai..
kerana aku menghargai kewujudan kamuu semua ini wujud dikala aku menbenci kamu...
thanks for everthing sayang..^_^

Sunday, July 3, 2011

Antara petikan yang aku rasa paling best tuk semu orang y bercinta..
“Jangan terlalu baik, saya akan merindui awak.”
“Jangan terlalu mengambil berat, saya mungkin menyukai awak.”
“Jangan jadi terlalu rapat dengan saya, saya mungkin jatuh hati dengan awak.”
 “Jika seseorang yang hadir dalam hidup kamu tapi atas sebab-sebab tertentu dia terpaksa pergi.. jangan terlalu sedih. Terimalah kenyataan, sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu. Masa akan menentukan segala-galanya. Jika dia ditakdirkan bersama kamu, dia akan kembali. Kembali pada kamu.”
 “Adalah lebih baik untuk berani mencintai walaupun akhirnya anda akan kecewa daripada tidak mahu mencintai kerana takut akan risiko mencintai.”
 “Jangan putus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah lebih baik untuk anda mencubanya atau anda mungkin akan kehilangan orang yang anda sayangi selamanya.”
 “Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ini ialah memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan istimewanya dia kepada anda.”
 “Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
 “Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
 “Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
kadang2 ornag kata cinta 2 indah sngat...yew memg betul cinta 2 indah bila kita pandai sulam cinta 2 dengan kasih syg y berpnjngn..kalo kita x thu hargai cinta y wujud 2..mcm mna kta nk dpt kemnisn dlm percintaan 2..