:: Me ::

:: Me ::
Tuhan memberikan kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita ? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah Cinta ...

Wednesday, June 29, 2011

Ceritera rindu

Rindu…
Kata orang, rindu itu tanda ingatan kepada
Seseorang yang di depan mata..
Kata kamus, rindu itu keinginan yang kuat
Mahu bertemu dengan seseorang…
Kata punjangga,rindu hadir selepas suk a dan cinta.
Kita tidak akan suka tanpa bersua muka, tidak cinta
Tanpa rasa suka dan tidak rindu tanpa rasa cinta..
Kata aku?
Aku tidak minta rindu itu hadir kerana dalam hati
Tidak rasa suka kepadanya.Tiada cinta untuknya.
Dalam hatiku, hanya ada dendam yang membara.
Tetapi entah dimana silapnya , hati ini jatuh rindu kepadanya.
Di celah-celah kebencian yang aku pupuk.
Puas aku menafikan, cuba mengusir pergi rasa yang
Satu ini. Tetapi rasa ini terus menghantuiku.
Berperang dengan perasaan sendiri, aku kelelahan.
Ceritera rindu dimana noktahnya??


No comments:

Post a Comment